Posts

Showing posts from April, 2017

Definisi Terjemahan

Penterjemahan    ialah  perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam   bahasa  yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada   budaya   asing.Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan    teknologi , penterjemahan  sudah  boleh  dibantu dengan mesin.

Objektif Penubuhan Blog Terjemahan Arab Melayu Arab

Antara tujuan penubuhan blog ini : 1) Sebagai sumber pengajaran diri sendiri dan juga orang lain dalam berkongsi maklumat dalam dunia penterjemahan ke bahasa asing. 2) Untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta bahan bahan dan sumber berkaitan dengan subjek penterjemahan. 3) Untuk menyampaikan sebarang maklumat tentang subjek ini kepada semua pengunjung blog. 4) Untuk menjelaskan dan mengenal pasti tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam menterjemah.