بسم الله الرØمن الرØيم Post kali ini akan membincangkan tentang ciri-ciri bagi seseorang penterjemah . Berdasarkan pendapat yang salah, orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain. Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. Untuk menjadi penterjemah yang baik, hendaklah perlu memenuhi empat syarat utama berikut : 1) Mengetahui Bahasa Sumber Pengetahuan seseorang penterjemah dalam bahasa sumber hendaklah mendalam. Selain itu, seseorang itu haruslah mengetahui selok belok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat memahami dan membezakan makna yang terkandung dalam teks asal. Dengan itu, penterjemah mampu mentafsir makna dan maksud dengan tepat. 2) Mengetahui Bahasa Sasaran Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Seseorang penterjemah selain dapat menguasai bahasa sumber dengan