PROSES MENTERJEMAH


Salam a'laik.👀
Bertemu lagi pada entry kami yang seterusnya. Pada kali ini kami ingin meneruskan perbincangan di mana kami ingin menceritakan tentang bagaimana PROSES TERJEMAHAN  itu berlaku. Sering kali persoalan bermain di minda "Bagaimana terjemahan itu boleh berlaku?" Haaaa. ni kami nak beritahu.


PROSES-PROSES TERJEMAHAN 💃 




1.       PROSES ANALISIS (BACA DAN FAHAM)

Proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah yang melibatkan pencarian makna dan ciri istimewa (merangkumi peribahasa/ simpulan bahasa) dalam bahasa sumber (bahasa asal teks sebelum di terjemah).Makna:

a.       Perkataan
b.      Ayat
c.       Seluruh wacana

2.       PROSES PEMINDAHAN

Proses ini adalah paling penting dalam proses penterjemahan. Penterjemah perlu mencari padanan terjemah bahasa sasaran (bahasa yang ingin diterjemah) yang sesuai dengan bahasa sumber. Proses ini  berlaku dalam fikiran penterjemah dan dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Kadangkala akan berlaku sedikit pemincangan makna dan konotasi.

3.       MENSTRUKTUR SEMULA

Teks perlu distruktur semula mengikut struktur bahasa sasaran dan gaya berperanan penting dalam hal ini. Gaya bahasa yang digunakan hendaklah memudahkan pembaca memahami teks terjemahan itu dengan mudah dan struktur ayat hendaklah mudah dan ringkas. Ayat yang digunakan hendaklah jelas dan tanda baca perlu digunakan dengan betul / baik.

4.       PROSES MEMERIKSA

Proses ini oleh dilakukan sendiri atau penterjemah boleh bersemuka dengan pakar bidang. Teks juga perlu dibaca dengan suara lantang dan secara bersemuka dengan orang lain bagi mengetahui ketepatan bahasa,ayat yang digunakan. Teks juga perlu diperiksa dari segi ketepatan terjemah. Proses ini adalah proses yang sukar.

5.       MENYEMAK

Proses  ini menyebabkan tugas pemeriksa & Penyemak kerap kali bertindan.
Satu cara untuk menyesuaikan teks terjemahan dengan kehendak pembaca sasaran adalah dengan menganggap teks terjemahan sebagai sebuah teks yang berdiri sendiri.

6.       MENYUNTING

Menyunting bukan sebahagian daripada proses terjemahan sebenarnya, tetapi teks perlu disunting bagi:
a.       Membuang bahan yang tidak perlu.
b.      Menwujudkan gaya yang seragam sekiranya teks itu diterjemahkan oleh ramai orang.

Kesimpulannya, semua proses perlu difahami dengan baik agar tugas-tugas penterjemahan dapat dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Proses memeriksa, menyemak, dan menyunting ibarat penjamin kualiti bagi faedah dan kegunaan pembaca sasaran.



Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya sebagai translator atau interpreter ?

KELAYAKAN PENTERJEMAH

Sarjana dalam bidang Penterjemahan ( J.C. Catford