KELAYAKAN PENTERJEMAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Post kali ini akan  membincangkan tentang ciri-ciri bagi seseorang penterjemah. Berdasarkan pendapat yang salah, orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain.  Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. Untuk menjadi penterjemah yang baik, hendaklah perlu memenuhi empat syarat utama berikut :

1) Mengetahui Bahasa Sumber

Pengetahuan seseorang penterjemah dalam bahasa sumber hendaklah mendalam. Selain itu, seseorang itu haruslah mengetahui selok belok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat memahami dan membezakan makna yang terkandung dalam teks asal. Dengan itu, penterjemah mampu mentafsir makna dan maksud dengan tepat.

2) Mengetahui Bahasa Sasaran

Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Seseorang penterjemah selain dapat menguasai bahasa sumber dengan baik, dia mestilah menguasai bahasa penerima dengan lebih baik lagi.  Sebagai contoh,seseorang penterjemah itu menterjemahkan teks daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, penterjemah itu mestilah mengetahui bahasa Melayu lebih baik daripada bahasa Arab, atau sama baik dalam kedua-dua bahasa.

3) Mengetahui Bidang/Subjek

Bagi menjamin makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat dan sempurna, seseorang penterjemah bukan sahaja harus memahami kedua-dua sumber bahkan juga mengetahui secukupnya bidang yang hendak yang diterjemah. Ini kerana bidang-bidang seperti perundangan, perubatan, falsafah dan sebagainya mengandungi terma-terma yang khusus.

4) Mengetahui Teori Terjemahan 

Sangat penting bagi seseorang penterjemah untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam teori sebelum memulakan kerja penterjemahan. Seseorang penterjemah juga dalam mengetahui teori terjemahan bukan pindahkan perkataan sahaja tetapi juga memindahkan idea,maklumat dan gaya di samping memerlukan bantuan ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.

Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya sebagai translator atau interpreter ?

Sarjana dalam bidang Penterjemahan ( J.C. Catford