Sarjana dalam bidang Penterjemahan ( J.C. Catford




Assalamualaikum w.b.t  😄😄😄

Pada post kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang seorang sarjana dalam bidang penterjemahan ini. Pastinya anda tertanya - tanya siapakah pemilik gambar diatas ini kan? Baiklah, saya akan memperkenalkan kepada anda semua tentang seorang sarjana dalam perterjemahan iaitu J.C  Catford atau lebih dikenali sebagai Ian.






Pada awalnya, saya akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang sarjana ini. Nama sebenarnya adalah John Cunnison Catford. Beliau juga di dikenali atau dipanggil Ian oleh pelajarnya. Ian Catford telah dilahirkan di Edinburgh, Scotland pada tanggal 26 Mac tahun 1917. Beliau meninggal dunia pada tanggal 6 Oktober 2009 di Shoreline, Washington, United States. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya  di Universiti Edinburgh  dan Institut de Phone'tic di Universiti Paris pada tahun 1930. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara buku yang dihasilkan termasuklah :

A Lingustic Theory of Translation (1965), A practical introduction to phonetics (1988) dan Fundamental Problems in Phonetics (1977).

J.C Catford atau dipanggil Ian mempunyai pandangannya tersendiri dalam bidang perterjemahan. Pandangannya terhadap penterjemahan adalah seperti berikut :


Di dalam karyanya A Linguistic Theory of Translation :


"...The replacement of textual material in one language ( Source Language ) by equivalent textual material in another language."

".... Penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran)"


Di dalam bukunya, A Linguistic Theory of Translation, pembahagian terjemah didasarkan kepada keluasan bahan yang akan diterjemahkan. Ian Catford membuat pembahagian terjemahan kepada :

  • Terjemahan penuh
  • Terjemahan Sebahagian 
  • Terjemahan Tuntas
  • Terjemahan Terbatas
  • Terjemahan Terikat
  • Terjemahan Bebas

Kemudian, Terjemahan Terbatas terbahagi kepada : 

  • Fonologi
  • Grafologi
  • Tatabahasa
  • Kosakata. 


Baiklah, tamatlah entri saya pada kali ini, sehingga berjumpa lagi pada post akan datang ya!! 😉😉 



Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya sebagai translator atau interpreter ?

KELAYAKAN PENTERJEMAH

PROSES MENTERJEMAH