Posts

Showing posts from June, 2017

Sarjana dalam bidang Penterjemahan ( J.C. Catford

Image
Assalamualaikum w.b.t   😄😄😄 Pada post kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang seorang sarjana dalam bidang penterjemahan ini. Pastinya anda tertanya - tanya siapakah pemilik gambar diatas ini kan? Baiklah, saya akan memperkenalkan kepada anda semua tentang seorang sarjana dalam perterjemahan iaitu J.C  Catford atau lebih dikenali sebagai Ian. Pada awalnya, saya akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang sarjana ini. Nama sebenarnya adalah John Cunnison Catford . Beliau juga di dikenali atau dipanggil Ian oleh pelajarnya. Ian Catford telah dilahirkan di Edinburgh, Scotland pada tanggal 26 Mac tahun 1917. Beliau meninggal dunia pada tanggal 6 Oktober 2009 di Shoreline, Washington, United States. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya  di Universiti Edinburgh  dan Institut de Phone'tic di Universiti Paris pada tahun 1930. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara buku yang dihasilkan termasuklah : A

JENIS TERJEMAHAN

❤❤❤ Salam 'Alaik kepada anda semua yang sudi membaca entri pada kali ini   ❤❤❤ Pastinya anda tertanya - tanya, apakah yang akan dikongsikan pada entri kali ? Baiklah, hari ini saya akan menceritakan tentang beberapa jenis dan kaedah terjemahan itu sendiri. Secara umumnya, jenis terjemahan itu terbahagi kepada dua iaitu terjemahan secara tulisan dan lisan.  💕💕💕 Saya akan menceritakan bagaimana terjemahan tulisan itu berlaku. Terjemahan tulisan  adalah dilakukan secara bertulis dan seseorang penterjemah itu mempunyai masa untuk membaiki kesilapan terjemahan yang dilakukan. Selain itu, jika penterjemah itu menterjemah secara tulisan, maka kefasihan untuk berbicara menggunakan bahasa yang diterjemah adalah  tidak menjadi syarat yang mutlak bagi seorang penterjemah lisan. Disamping itu, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi halangan seseorang itu untuk menjadi penterjemah lisan yang baik. 💕💕💕 Seterusnya, saya akan berkongs

Kerjaya sebagai translator atau interpreter ?

Image
Kerjaya dalam bidang penterjemahan ataupun  kerja translator  seringkali dikaitkan dengan kerjaya sebagai seorang  interpreter . Sampai satu tahap, mungkin akan ada yang KELIRU, adakah seorang  translator  sama dengan seorang  interpreter ? Jika sama, maka apakah persamaan antara kedua-duanya, dan jika ianya terdapat perbezaan, apakah yang membezakan antara  translator  dengan  interpreter ?  Baik, di sini saya akan menceritakan dari segi persamaan terlebih dahulu. 1. Kedua-dua bidang pekerjaan ini memerlukan kita untuk menguasai dua bahasa (atau lebih) yang berbeza Kita masih lagi perlu menguasai dua jenis bahasa 2. Kita perlukan kemahiran untuk mengalih bahasa Bukan sekadar perlu kuasai, malahan pada masa sama kita juga perlu tahu bagaimana untuk mengalih bahasa dari bahasa A kepada bahasa B. Contohnya , kita perlu tahu  bagaimana untuk mengalih bahasa Arab ke Bahasa lain. Jika kedua-duanya memerlukan untuk memahami dan menguasai dua atau lebih bahasa yang berbeza, j

Arabic language translations

Kepada anda yang berminat untuk belajar asas bahasa Arab bolehlah menonton video ini. Ia memaparkan serba sedikit asas bahasa Arab seperti ucapan dalam perbualan harian, nombor dan sebagaimya.

How to become a good interpreter and translator