Kepada anda yang berminat untuk belajar asas bahasa Arab bolehlah menonton video ini. Ia memaparkan serba sedikit asas bahasa Arab seperti ucapan dalam perbualan harian, nombor dan sebagaimya.
Kerjaya dalam bidang penterjemahan ataupun kerja translator seringkali dikaitkan dengan kerjaya sebagai seorang interpreter . Sampai satu tahap, mungkin akan ada yang KELIRU, adakah seorang translator sama dengan seorang interpreter ? Jika sama, maka apakah persamaan antara kedua-duanya, dan jika ianya terdapat perbezaan, apakah yang membezakan antara translator dengan interpreter ? Baik, di sini saya akan menceritakan dari segi persamaan terlebih dahulu. 1. Kedua-dua bidang pekerjaan ini memerlukan kita untuk menguasai dua bahasa (atau lebih) yang berbeza Kita masih lagi perlu menguasai dua jenis bahasa 2. Kita perlukan kemahiran untuk mengalih bahasa Bukan sekadar perlu kuasai, malahan pada masa sama kita juga perlu tahu bagaimana untuk mengalih bahasa dari bahasa A kepada bahasa B. Contohnya , kita perlu tahu bagaimana untuk mengalih bahasa Arab ke Bahasa lain. Jika kedua-duanya memerlukan untuk memahami dan menguasai dua atau lebih bahasa yang berbeza, j
بسم الله الرحمن الرحيم Post kali ini akan membincangkan tentang ciri-ciri bagi seseorang penterjemah . Berdasarkan pendapat yang salah, orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain. Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. Untuk menjadi penterjemah yang baik, hendaklah perlu memenuhi empat syarat utama berikut : 1) Mengetahui Bahasa Sumber Pengetahuan seseorang penterjemah dalam bahasa sumber hendaklah mendalam. Selain itu, seseorang itu haruslah mengetahui selok belok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat memahami dan membezakan makna yang terkandung dalam teks asal. Dengan itu, penterjemah mampu mentafsir makna dan maksud dengan tepat. 2) Mengetahui Bahasa Sasaran Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Seseorang penterjemah selain dapat menguasai bahasa sumber dengan
Assalamualaikum w.b.t 😄😄😄 Pada post kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang seorang sarjana dalam bidang penterjemahan ini. Pastinya anda tertanya - tanya siapakah pemilik gambar diatas ini kan? Baiklah, saya akan memperkenalkan kepada anda semua tentang seorang sarjana dalam perterjemahan iaitu J.C Catford atau lebih dikenali sebagai Ian. Pada awalnya, saya akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang sarjana ini. Nama sebenarnya adalah John Cunnison Catford . Beliau juga di dikenali atau dipanggil Ian oleh pelajarnya. Ian Catford telah dilahirkan di Edinburgh, Scotland pada tanggal 26 Mac tahun 1917. Beliau meninggal dunia pada tanggal 6 Oktober 2009 di Shoreline, Washington, United States. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya di Universiti Edinburgh dan Institut de Phone'tic di Universiti Paris pada tahun 1930. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara buku yang dihasilkan termasuklah : A
Comments
Post a Comment