JENIS TERJEMAHAN

❤❤❤ Salam 'Alaik kepada anda semua yang sudi membaca entri pada kali ini  ❤❤❤

Pastinya anda tertanya - tanya, apakah yang akan dikongsikan pada entri kali ? Baiklah, hari ini saya akan menceritakan tentang beberapa jenis dan kaedah terjemahan itu sendiri. Secara umumnya, jenis terjemahan itu terbahagi kepada dua iaitu terjemahan secara tulisan dan lisan. 
💕💕💕

Saya akan menceritakan bagaimana terjemahan tulisan itu berlaku. Terjemahan tulisan adalah dilakukan secara bertulis dan seseorang penterjemah itu mempunyai masa untuk membaiki kesilapan terjemahan yang dilakukan. Selain itu, jika penterjemah itu menterjemah secara tulisan, maka kefasihan untuk berbicara menggunakan bahasa yang diterjemah adalah  tidak menjadi syarat yang mutlak bagi seorang penterjemah lisan. Disamping itu, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi halangan seseorang itu untuk menjadi penterjemah lisan yang baik.

💕💕💕

Seterusnya, saya akan berkongsi bagaimana terjemahan secara lisan pula. Pertama sekali, pastinya ia dilakukan secara lisan serta dilaksanakan secara langsung, cepat dan tepat. Seorang penterjemah lisan itu tidak boleh berhenti walaupun sebentar untuk memperbetulkan unsur - unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau tidak tepat padanan terjemahannya. Pada masa yang sama, penterjemah juga disyaratkan berkemampuan berbicara dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber serta bahasa sasaran. Malahan, seseorang penterjemah lisan perlu berpengetahuan luas serta mampu menafsirkan apa sahaja yang diujarkan dan ia juga dikenali sebagai interpreter. Justeru, penterjemah secara lisan mestilah menjalani latihan yang banyak serta mencari pengalaman yang berterusan. Selain menjadi penterjemah yang baik, maka dia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.

💕💕💕

Sekian...Terima Kasih  💝
nantikan  pada post akan datang... 😊






Comments

Popular posts from this blog

Kerjaya sebagai translator atau interpreter ?

KELAYAKAN PENTERJEMAH

Sarjana dalam bidang Penterjemahan ( J.C. Catford