Posts

Showing posts from 2017

Sarjana dalam bidang Penterjemahan ( J.C. Catford

Image
Assalamualaikum w.b.t   😄😄😄 Pada post kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit tentang seorang sarjana dalam bidang penterjemahan ini. Pastinya anda tertanya - tanya siapakah pemilik gambar diatas ini kan? Baiklah, saya akan memperkenalkan kepada anda semua tentang seorang sarjana dalam perterjemahan iaitu J.C  Catford atau lebih dikenali sebagai Ian. Pada awalnya, saya akan menceritakan serba sedikit tentang latar belakang sarjana ini. Nama sebenarnya adalah John Cunnison Catford . Beliau juga di dikenali atau dipanggil Ian oleh pelajarnya. Ian Catford telah dilahirkan di Edinburgh, Scotland pada tanggal 26 Mac tahun 1917. Beliau meninggal dunia pada tanggal 6 Oktober 2009 di Shoreline, Washington, United States. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajarannya  di Universiti Edinburgh  dan Institut de Phone'tic di Universiti Paris pada tahun 1930. Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku. Antara buku yang dihasilkan termasuklah : A

JENIS TERJEMAHAN

❤❤❤ Salam 'Alaik kepada anda semua yang sudi membaca entri pada kali ini   ❤❤❤ Pastinya anda tertanya - tanya, apakah yang akan dikongsikan pada entri kali ? Baiklah, hari ini saya akan menceritakan tentang beberapa jenis dan kaedah terjemahan itu sendiri. Secara umumnya, jenis terjemahan itu terbahagi kepada dua iaitu terjemahan secara tulisan dan lisan.  💕💕💕 Saya akan menceritakan bagaimana terjemahan tulisan itu berlaku. Terjemahan tulisan  adalah dilakukan secara bertulis dan seseorang penterjemah itu mempunyai masa untuk membaiki kesilapan terjemahan yang dilakukan. Selain itu, jika penterjemah itu menterjemah secara tulisan, maka kefasihan untuk berbicara menggunakan bahasa yang diterjemah adalah  tidak menjadi syarat yang mutlak bagi seorang penterjemah lisan. Disamping itu, penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif pun tidak menjadi halangan seseorang itu untuk menjadi penterjemah lisan yang baik. 💕💕💕 Seterusnya, saya akan berkongs

Kerjaya sebagai translator atau interpreter ?

Image
Kerjaya dalam bidang penterjemahan ataupun  kerja translator  seringkali dikaitkan dengan kerjaya sebagai seorang  interpreter . Sampai satu tahap, mungkin akan ada yang KELIRU, adakah seorang  translator  sama dengan seorang  interpreter ? Jika sama, maka apakah persamaan antara kedua-duanya, dan jika ianya terdapat perbezaan, apakah yang membezakan antara  translator  dengan  interpreter ?  Baik, di sini saya akan menceritakan dari segi persamaan terlebih dahulu. 1. Kedua-dua bidang pekerjaan ini memerlukan kita untuk menguasai dua bahasa (atau lebih) yang berbeza Kita masih lagi perlu menguasai dua jenis bahasa 2. Kita perlukan kemahiran untuk mengalih bahasa Bukan sekadar perlu kuasai, malahan pada masa sama kita juga perlu tahu bagaimana untuk mengalih bahasa dari bahasa A kepada bahasa B. Contohnya , kita perlu tahu  bagaimana untuk mengalih bahasa Arab ke Bahasa lain. Jika kedua-duanya memerlukan untuk memahami dan menguasai dua atau lebih bahasa yang berbeza, j

Arabic language translations

Kepada anda yang berminat untuk belajar asas bahasa Arab bolehlah menonton video ini. Ia memaparkan serba sedikit asas bahasa Arab seperti ucapan dalam perbualan harian, nombor dan sebagaimya.

How to become a good interpreter and translator

TUTORIAL

LATIHAN TERJEMAHAN

PROSES MENTERJEMAH

Image
Salam a'laik.👀 Bertemu lagi pada entry kami yang seterusnya. Pada kali ini kami ingin meneruskan perbincangan di mana kami ingin menceritakan tentang bagaimana PROSES TERJEMAHAN   itu berlaku. Sering kali persoalan bermain di minda " Bagaimana terjemahan itu boleh berlaku ?" Haaaa. ni kami nak beritahu. PROSES-PROSES TERJEMAHAN 💃  1.       PROSES ANALISIS (BACA DAN FAHAM) Proses ini berlaku dalam fikiran penterjemah yang melibatkan pencarian makna dan ciri istimewa (merangkumi peribahasa/ simpulan bahasa) dalam bahasa sumber (bahasa asal teks sebelum di terjemah).Makna: a.       Perkataan b.      Ayat c.       Seluruh wacana 2.       PROSES PEMINDAHAN Proses ini adalah paling penting dalam proses penterjemahan. Penterjemah perlu mencari padanan terjemah bahasa sasaran (bahasa yang ingin diterjemah) yang sesuai dengan bahasa sumber. Proses ini  berlaku dalam fikiran penterjemah dan dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran. Kadangkala

KELAYAKAN PENTERJEMAH

بسم الله الرحمن الرحيم Post kali ini akan  membincangkan tentang ciri-ciri bagi seseorang penterjemah . Berdasarkan pendapat yang salah,  orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain.  Kenyataan tersebut adalah tidak benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. Untuk menjadi penterjemah yang baik, hendaklah perlu memenuhi empat syarat utama berikut : 1) Mengetahui Bahasa Sumber Pengetahuan seseorang penterjemah dalam bahasa sumber hendaklah mendalam. Selain itu, seseorang itu haruslah mengetahui selok belok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat memahami dan membezakan makna yang terkandung dalam teks asal. Dengan itu, penterjemah mampu mentafsir makna dan maksud dengan tepat. 2) Mengetahui Bahasa Sasaran Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Seseorang penterjemah selain dapat menguasai bahasa sumber dengan

Definisi Terjemahan

Penterjemahan    ialah  perbuatan mentafsir makna sesuatu teks dan menerbitnya semula dalam   bahasa  yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan merupakan satu aktiviti yang penting untuk menyebarkan ilmu pengetahuan kerana ia membolehkan masyarakat menikmati ilmu pengetahuan daripada   budaya   asing.Biasanya, terjemahan merupakan pekerjaan manusia, tetapi selaras dengan perkembangan    teknologi , penterjemahan  sudah  boleh  dibantu dengan mesin.

Objektif Penubuhan Blog Terjemahan Arab Melayu Arab

Antara tujuan penubuhan blog ini : 1) Sebagai sumber pengajaran diri sendiri dan juga orang lain dalam berkongsi maklumat dalam dunia penterjemahan ke bahasa asing. 2) Untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta bahan bahan dan sumber berkaitan dengan subjek penterjemahan. 3) Untuk menyampaikan sebarang maklumat tentang subjek ini kepada semua pengunjung blog. 4) Untuk menjelaskan dan mengenal pasti tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam menterjemah.

ALHAMDULILLAH

Image
SALAM ALAIK . Alhamdullilah admin berjaya untuk membuat entry ini bagi melengkapkan tugasan kami berempat. Sesungguhnya,admin merupakan ' newbie ' dalam dunia blog ini. Harap diberi tunjuk ajar agar menjadi lebih baik di kemudian hari .Moga ALLAH permudahkan segala urusan kami sebagai mujahidah dalam mencari IlmuMu yang terbentang luas ini. Amin.